Ahad, 6 Mac 2016

CARA-CARA NAK BUAT AISKRIM SUMI


Assalamuaalaikum...kat sini saya ingin berkongsi macamana nak buat aiskrim sumi yang dah jadi viral kat laman sosial...korang nak tahu cara macam mana ingin membuat Aiskrim Sumi yang banyak dikongsi di laman sosial terutama di facebook kan??..Ni saya nak kongsikan cara mudah dan istimewa khas untuk korang menikmatinya. Warna-warninya boleh membuatkan semua orang meleleh air liur...tambahan lagi sekarang ni kan musim panas pastu nampak pulak gambar aiskrim sumi nie...perrrrghh...
nak buat ni kena rajin sikit la..kalau malas sampai bila pun tak akan berjaya..lagipun bukannya susah..semudah 1,2,3 je...acewahh..haha



Nah bahan-bahan dia :-
> 1 tin susu pekat
> 1 tin susu cair

> 1 pek plastik aiskrim
 
> Sumi 2paket 
> 1 botol mineral besar 1.5L 
> Secubit garam



Cara-caranya..Masukkan setengah tin susu pekat dan susu cair kedalam periuk...Kacau sehingga mendidih dan masukkan secubit garam.Setelah mendidih dan sebati...tutup api dan biarkan 1/2jam untuk sejukkan suhu.Sementara tuggu sejuk, potong sumi setengah(kalau nak sedap la...kalau nak cepat just cincangkan je sumi tu) dan masukkan kedalam plastik aiskrimBila air susu dah tak panas...masukkan kedalam plastik dan ikat,(berapa paket plastik tu ikut  korang laa).Then, kalau daah habis..masukkan kedalam peti sejuk...minimun 5jam untuk proses sejukbeku.Tuggu dan siap!!...


*makan tu jangan sampai berebut dengan anak-anak sudahla..hahaha*
* tambahan...kalau nak yang berlainan sikit..gantikan sumi tu dengan oreo


#Kalau nak buat jual pun boleh jugak untuk akak-akak,adik-adik,makcik-makcik...sebatang RM0.50...gerenti habis...modal pun saya rasa tak sampai rm20...saya yang study kat IPTA ni pun ade makcik letak dan jual kat cafe tengah hari petang hari dah habis....tapi kat sini diorang jual RM0.70...agak cekik darah lah jugak...tapi habis jugak dalam beberapa jam pun...hihihi...kalau korang nak cepat habis pergi je letak kat depan sekolah ataupun kantin sekolah rendah....in shaa Allah habis...selamat mencuba..tu rancangan saya mase nak cuti sem nanti...in shaa allah....duduk rumah goyang kaki duit masuk..heheh..bye Assalamualaikum..Terima kasih kerana membaca :)


#kalau ade salah dan silap silakanla comment sebab ni 1st blog saya..in sha allah saya akan betulkan.tq :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan